Segala puji bagi Allah yang sentiasa sudi mentarbiyah diri ini dengan pelbagai cara dan adakalanya kurang disedari apalagi disyukuri.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang sentiasa dikasihi
Alhamdulillah, di ruang waktu cuti ini,
saya berkesempatan mengisinya dengan suatu yang cukup bermakna,
cukup berharga dan cukup menyentuh hati manusia yang punyai rasa kasih sayang di hatinya.
Seusai ziarah ke kisas,terus ke rumah Ara.
Menghabiskan malam bersama Ara, terasa berat hati melepaskan pemidato hebat ini ke India. Kemudian terus ke UIA PJ menolong kerja2 persiapan untuk program seterusnya.
Program yang saya maksudkan ini ialah Program Jalinan Kasih 4 anjuran Kelab PERKIM Pusat Asasi UIA, ke kampung angkat kami, Kampung Rantau yg terletak di Perkampungan Orang Asli Cameron Highland.
Pastinya buat saya yang pertama kali menyertai program ini rasa begitu teruja setelah mendengar kisah2 senior tentang kampung ini.
Kelab Perkim UIA merupakan satu kelab yang cukup aktif sepanjang tahun.
Selain dr program ini, mereka kerap ke perkampungan org asli yg lain sekitar Lembah Klang juga ke rumah anak-anak yatim.
Cuma Program Jalinan Kasih ini agak istimewa kerana merupakan program mega tahunan yang dijalankan sewaktu cuti akhir.
Profil Program Jalinan Kasih
- Anjuran Kelab PERKIM UIA dan PERKIM Pusat
- Tahun ini merupakan kali ke4 program ini dijalankan di Kampung Rantau
- Mendapat sponsor RM 20 ribu dari Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Selama 5 hari 4 malam
- Peserta seramai 50 orang yang dari ahli kelab UIA Nilai dan PJ, serta beberapa orang senior yang program ini di UIA Gombak dan Kuantan termasuk Abg Adrean Abdullah (pelajar UIA Gombak yang memeluk Islam ketika menuntut di UIA PJ, beliau amat berpengalaman dalam kerja dakwah kpd non-muslim)
Profil Kampung Rantau
- Salah satu antara belasan kampung org asli di kawas an ini
- Terletak di kawasan bukit dan hutan
- Perjalanan ke kampung ini selama 90 minit menaiki trak dari jalan raya.
- Tiada kemudahan jalan raya berturap atau berbatu, jalan masuk melalui kawasn tepi2 bukit yang kini sedang ditarah, serta denai2 berlecak.
- Tiada kemudahan air bersih. Penduduk menggunakan air bukit yang tercemar oleh baja dan racun serangga dari aktiviti pertanian sekitar bukit.
- Tiada bekalan elektrik
- Tiada system saliran dan pepaipan
- Air sungai tidak digunakan kerana telah tercemar akibat aktiviti tarah kawasan bukit. Sangat kotor air sungai kat sana.
- Tiada line telepon langsung. Kata Zul,hp kat sini mcm batang kayu je.
- Terdapat 14 buah rumah, 7 darinya beragama Islam
- Mengikut bancian, sebuah rumah berpenghuni kira-kira 11-12 orang.
- Tok Ubi (cam ketua kampung la) di Kg Rantau ini baru meninggal bulan lepas dan masih tiada pengganti.

Mendengar taklimat sebelum berangkat
Kami bertolak pada hari jumaat setelah melakukan persiapan membeli barang2 keperluan dan infak, menyiapkan barang2 masakan dll. PJK kali ini disertai oleh 3 orang pelajar praktikal dan seorang Pegawai Dakwah, Ustaz Sulaiman Ding Abdullah (berasal dr China) dari PERKIM Pusat untuk memantau dan membantu kerja kami.
Sebelum bertolak, kami diberi taklimat tentang matlamat,method,dan perjalanan program.Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan, 1 darinya merupakan unit catering yg bertanggungjawab memasak untuk kami dan penduduk kampung. Selebihnya terlibat dengan aktiviti bersama penduduk kampung.
Asalnya saya diletakkan dalam unit catering,namun setelah membuat permohonan pertukaran kerana langsung tidak reti apatahlagi berminat dengan kerja2 memasak, saya ditukarkan ke kumpulan A, bersama Sarah.
Jam 1.15 pagi, setelah selesai taklimat kami bertolak dan tiba di Ringlet (jalan raya terdekat u
ntuk ke kg rantau) pada jam 5 pagi. Taklimat akhir diberikan oleh Abg Adrean dan senior program ini sejak PJK1 agar kami bersedia mental dan fizikal untuk bertemu mad’u2 ini. Pesan Abg Adrean “expect for unexpected”. Abg Huzaifah pula berpesan agar “bersedia untuk menerima mereka”. Ketika ini pelbagai perkara bermain di fikiran, dan saya telah menanamkan tekad untuk buat yang terbaik bersama mereka.
Aim kami pada kali ini,untuk bawa satu pembaharuan dr tahun lepas selain misi dakwah yang digariskan. Jika tahun lepas, PJK3 telah berjaya membina sebuah surau dan beberapa tandas, maka PJK4 pada tahun ini mesti perlu ada peningkatan. Mungkin dapat mengajak ahli kampung yang lain memeluk Islam dll.
Ustaz Sulaiman Ding, bersama anak beliau. Pegawai dari PERKIM Pusat yang memantau aktiviti kami.
Seawal jam 8 pagi, kami semua disumbatkan ke dalam sebuah trak besar yang akan membawa kami ke Kg Rantau. Alhamdulillah,tahun ini sebuah jambatan besi telah disiapkan membolehkan trak itu menghantar kami terus ke kg. Jika tahun lepas, peserta perlu jauh berjalan kaki kerana tiada jambatan di sungai besar tersebut.
Perjalanan di lereng2 bukit dan berliku2 di dalam trak selama 90 minit dalam keadaan trak yang padat dengan kami,sebahagian besar perlu berdiri menyebabkan beberapa peserta yang muntah2.
Tiba di kampung itu,saya dan Sarah mula2 blur dgn semua yg dilihat. Dengan rumahnya, tandasnya, dan penghuninya terutama anak2 mereka.
Ada yang bergolek2 di atas timbunan pasir, main baling pasir, berenang2 dalam lopak air yang kotor, lalat yang berjuta2 banyaknya, anjing2 yang jinak dll. Hampir kesemua anak2 di sini berkaki ayam ke sana ke mari.
Boleh dikatakan kawasan ini agak kurang bersih dan lalat sentiasa berkerumun di mana2,malah lalat2 ini jinak2 belaka. Mulanya saya dan Sarah bertaaruf ringkas dgn kanak2 yg mengerumuni kami, tanya kabar nama bg panas sikit. Lepas taaruf tu baru rasa dapat masuk dengan mereka dan disitulah mula timbulnya bibit2 kasih sayang pada mereka. Semuanya comel2 dan masih bersih tiada dosa.
Swimming pool mereka. Kelihatan seronok..
Timbunan pasir yang menjadi gelanggang adik-adik ini
Rumah mereka..

Penginapan kami..
Rupa tandas di sana..
Aktiviti pertama kami, bergotong royong sekitar kampung. Kutip sampah, potong rumput dll. Seronok tengok kanak2 ini bersama2 tolong kami, terus menimbulkn kemesraan bersama mereka. Sahabat2 lain dah mula mendukung dan melayan kerenah anak2 ini.
Sarah mempamerkan skill memotong rumput dari orang Perak..
Hari pertama ini,aktiviti kami lebih pada taaruf dr rumah ke rumah sambil memberi sumbgn. Kumpulan saya ditugaskn menziarahi 4 buah rumah, dan 1 darinya rumah nenek bomoh yang tiada agama. Bila diajak berbual, dia agak dingin dan terus ckp taknak masuk Islam wpun belum diajak. Hee..kami dah ternganga masa tu. Alhamdulilah la Pian pandai take over ‘keblurran’ kami.
Paling sukar bg saya mula2 ialah menghafal nama adik2 ni..bila Tanya nama, mereka akan bgtau nama Islam. Bila borak2, keluar nama asli mrk..mula2 terus jadi pening. Sebab mrk guna nama Islam kat sekolah secara rasmi je ..nama asli mrk pula pelik2..muka mrk dah la nak sama..Cam Wa Aken,Wa Kebi,Wa Kele’,Wa Ana,Wa Apui untuk anak2 perempuan. Kalu lelaki mcm Ba De’, Ba E’ dan byk lagi..saya tak dapat hafal semua nama lelaki.. Tumpuan saya lebih pada adik2 perempuan.
Sepanjang kehadiran kami di sana, kanak2 ini tidak tinggal di rumah, hampir semuanya keluar bermain di tengah laman bersama2 kami, mkn bersama dan pulang ke rumah apabila waktu tidur di malam hari.
..Surah Ar-Rahman berlegar-legar dalam fikiran…
Pertandingan mewarna.
Main bersama-sama.

Surau An-Nur yang didirikan oleh peserta Program Jalinan Kasih 3,tahun lalu bersama penduduk kampung.
Taraf pendidikan
Masyarakat asli di sini mula menerima pendidikan secara formal. Namun, sekolah yg ada amat jauh dari kampung mereka. Mereka perlu keluar rumah jam 6 pagi dan tiba di sekolah jam 7.30 pagi, dengan berjalan kaki meredah denai2 berlecak.
Semua mereka kat sini saudara mara. Sebab mereka dilahirkan kat sini,membesar dan menetap kat sini. Camtulah putaran hidup mrk. Dari perbualan saya dengan mak cik2 kat sini,mrk tak bercampur dengan penghuni2 kampung lain. Just ambil tahu hal dalam kampung je. Hal dunia luar malah kampung sebelah pun mrk tak tahu..
Sahabat2, sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat pendidikan dan ilmu yang kita ada..kita g sekolah atau kuliah naik bas, jalan kaki atau naik motor..atas jalan raya. Mereka meredah jalan2 yang sukar untuk ke sekolah awal2 pagi..
Sejauh mana kita menghargai peluang kita menuntut ilmu? Menghargai ilmu? Mengamalkan dan sebarkan?
Kadang2 byk yg kita rungutkan, g kelas pun lambat..kdg2 tak g langsung sedangkan segalanya mudah dan tersedia depan mata.. Sejauh manakah kita mensyukuri nikmat ini??
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” (Ar-Rahman)
Kumpulan saya ketika mengajar Bande' dan Bae' lagu 25 Rasul.
Aktiviti sukaneka pada waktu petang. Mereka amat teruja terhadap belon.
Taraf Kesihatan
Masa kedatangan kami tempoh hari,nkanak2 ni byk yang sakit mata dan selsema. Mata mereka merah2 dan memang nampak tak sihat. Tapi ibu mrk ckp tu perkara biasa. Kesian tengok tangan mereka berkudis dan bernanah, hampir semua macamtu.
Termasuklah Nia, baby yang berumur 6 bulan. Mungkin sebab kebersihan kat sana tak berapa terjaga. Kami pula tak bawa bekalan ubat untuk mereka haritu.
Mereka berjalan merata2 tanpa selipar. Hari ke2 kami buat jungle trekking, sedang kami sibuk memilih nk pakai selipar atau kasut, adik2 ni dengan selamba berkaki ayam. Puas kami pesan g pakai selipar tapi mrk lebih selesa camtu. Tengok mereka rileks je redah hutan. Kami risau kalau2 terpijak duri dsbnya.
Kadang2 mereka pegang2 anjing tak basuh tangan pun. Teringat satu petang tu kami semua di bahagikan dalam beberapa kumpulan kat surau, ajar adik2 ni hafal nama 25 rasul. Then sorg adik ni namanya Asnol, (adik kumpulan Sarah) dia kuar jap pastu masuk balik. Seorang kawan dia cakap kat Sarah “Akak, tadi dia g pegang anjing.” Dalam keadaan mcmni bagaimana kami nak ajar mereka tentang samak sedangkan perkara asas pun mereka tidak tahu.
Tiada klinik berhampiran kampung mereka. Kalu demam pun biar camtu je. Mengikut perbualan dengan adik2 ni, mrk mandi pun kadang2, tak bersabun, tak berus gigi. Tak semua ada berus gigi.
Hari ke2 saya diamanahkan untuk ajar adik2 ni berus gigi, ada yang sampai berdarah2.. (terasa diri mcm nurse yg ajar kita berus gigi time sekolah rendah dulu)..Setiap mereka diberi berus dan ubat gigi sorang satu.
Kemudian tu saya dan Hidayah mandikan mereka beramai2 dalam tandas belakang rumah, sabunkan mereka, tunjukkan cara yang betul untuk membersihkan diri. Tugas melap badan mereka dengan tuala2 yang dibawa diserahkan pada Sarah dan Fifi. Terasa sayang pada mereka makin mengakar dalam hati, seolah2 mereka darah daging sendiri..
Cuba bandingkan keadaan mereka dengan kita.. Jauh berbeza kan? Kalau kita sakit terus capai panadol atau g klinik.. Mereka tiada semua tu.
Kita ada macam2 pilihan sabun, ubat gigi, berus gigi.. Mereka bukan sahaja tak dapat memilih, punyai pun tidak..
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” (Ar-Rahman)
Jungle trekking tanpa selipar mahupun kasut.Mantap adik nih..

Saya sedang memberi tunjuk ajar penjagaan gigi.Mereka mendapat berus dan ubat gigi tajaan Mukmin.
Taraf Pemakanan
Jika kita biasa dengar ada orang tak makan nasi sebab nak diet, di sini kami berhadapan dengan masyarakat asli yang tidak makan nasi kerana tiada wang untuk beli beras!!
Mereka hanya makan ubi kayu sebagai makan ruji untuk meneruskan hidup. Ubi pun ditanam sendiri.. Ikan jarang dimakan apatahlagi ayam,udang dll. Makanan2 luar ini di beli jika mereka ada wang dan bila sahaja.
Mana ada kedai2 runcit di kawasan ini,semuanya jauh di jalan raya. Makan ubi kayu pun kosong begitu, tanpa apa2. Kadang2 kalu ada duit, boleh makan dengan ikan bilis..berdasarkan penceritaan Kak Nora pada saya. (Kak Nora merupakan penduduk yang paling rajin bercerita pada kami)
Waktu makan kami di sana disertai dengan penduduk kampung dan adik2 ini. Mereka mulanya kurang makan bersama kami kerana makanan kami semuanya lain dari mereka,tp lama2 kelihatan ok.. Mampu menjamah nasi sedulang bersama kami.
Kita pula selalu terlalu memilih,itu tak sedap,ini tak sedap.. selalu membazir.. bosan dengan makanan itu dll. Mampukah kita untuk cuba hidup dengan menjamah ubi kayu saban hari seperti mereka? Dengan itulah meraka membesar.. Namun, tiada rungutan yang keluar dari mulut mereka..
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” (Ar-Rahman)
Penduduk yang sertai kami ketika sarapan. Mereka kata,ni 1st time mereka jumpa nasi lemak.
Linda (adik kecil berbaju biru) sedang merenung sambal, makanan yang tidak pernah dijumpai sebelum ini.
Kemudahan
Tiada bekalan air bersih.
Tiada elektrik.
Tiada network coverage.
Tiada kenderaan mahu basikal ataupun kereta sorong.
Air yang digunakan untuk minum dan mandi berpunca dari air bukit yang telah tercemar oleh aktiviti pertanian di lereng bukit. Pada hari pertama saya sendiri sudah timbul tanda2 alahan dan radang. Diikuti oleh sahabat2 lain menyebabkan kami sukar untuk tidur di malam hari. Doktor yg saya temui di hospital Cameron Highland kata mungkin berpunca dari air yang kurg bersih atau lalat..Alahai.. system imun tidak kuat kah??
Mulai 1972, system pemfluoridaan air paip dimulakan oleh kerjaan pada paras optimim 0.4-0.6 parts per million. Tujuannya untuk mencegah kerosakan gigi. 70% dari rakyat Malaysia termasuk 50% kanak2 kurang 12 tahun menikmati faedah ini. Jadi tnapa bekalan air paip ke kampung ini,bagaimana mereka nak menikmati faedah ini?
Penduduk sini tidur pada jam 8 malam biasanya. Apalagi nk buat kalu tiada letrik untuk menonton tv? Atau melayari internet? Kata Kak Rosnah, kalu tdo lambat pun sebab berbual dgn jiran2. Malam hari aktiviti kami bersama mereka sampai jam 10 sahaja.
Lepas solat Maghrib,kami mengajar adik2 membaca iqra 1 bertemankan lilin dan lampu suluh. Yang dewasa pula belajar membaca Al-Fatihah.
Hari lain pula diadakan tazkirah tauhid, mengajar adik2 ini tetang kewujudan Allah dan hanya Allah LAYAK DISEMBAH. Penyampaian tazkirah tauhid oleh Khidir pada malam ke2 menerapkan konsep KEESAAN ALLAH melalui kisah Nabi Ibrahim dengan cara penyampaian yang sangat ringan kepada adik2 ini. Kelakar melihat adik2 ini menjawab persoalan yang diutarakan Khidir.
Lepas Isyak semua bersurai dan post mortem kami bermula..Itulah bestnya bila takde letrik ni.Semua habis awal.. =P
Slot Iqra' penduduk kampung.Terasa baru menghargai kemudahan elektrik yang selama ini kurang disyukuri.

Dengan tiada line hp dan kenderaan amatlah susah terutamanya ketika waktu2 kecemasan. Pada hari malam ke2,seorg peserta kami pengsan dan semuanya jadi kacau bilau. Tiada kenderaan untuk keluar,tiada line.. Kami semua blurr.. dapat call emergency ke hospital Cameron Highland,org hospital pula tak percaya bila kami minta hantar ambulan ke kampung ini..
Namun, Alhamdulilah semuanya dipermudahkn Allah pada malam itu walaupun perjalanan ke hospital memakan masa hampir 2 jam dengan halaju yang tinggi.
Dengan kekurangan semua ini,saya terfikir..bagaimana penduduk ini survive??
Berapa ramai antara kita yang menutup suis lampu dan kipas apabila meninggalkan bilik walaupun sebentar? Kita bila panas sikit mula lah tak boleh tumpu pada study.. bila ada letrik sentiasa membazir..guna air pun tak berjimat cermat..
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” (Ar-Rahman)
Apa Yang Kami Buat Di Sana?
Tujuan utama adalah untuk menyampaikan. Menyampaikan ajaran Allah. Kepada yang dah muslim, kami ajarkan perkara asas tentang solat, mengaji dan bersuci. Kepada yang Kristian dan tiada agama,kami ajak mereka bersama-sama kami. Alhamdulillah,ada juga yang bukan Islam datang menyertai aktiviti kami.
Yang muslim pula, mereka semua baru memeluk Islam, tapi tiada panduan. Mereka hanya solat jika bersama kami. Malam hari kami ajarkan mengaji. Siang hari diajarkan tentang praktikal wudu’ dan solat. Bagi ibu2,kakak2 senior beri panduan tentang bersuci. Rasa kasihan kerana mereka boleh dikatakan mereka tidak tahu bagaimana untuk mandi wajib dsbnya.
Kak Tazkirah mengajar ibu-ibu memperbaharui kalimah syahadah mereka.
Praktikal solat bagi ibu-ibu.
Saya dan Sarah pula diberi tugas mengajar Wa Ana (11 tahun) dan Wa Apui (9 tahun) untuk berwudu’ dan menunaikan solat. Kami mulakan dengan berbual-bual dengan mereka untuk melihat sejauh mana pengetahuan mereka tentang perkara asas ini. Kemudian kebanyakan tugas ini diambil alih oleh Sarah..hee..
Sarah benar2 seorang kakak yang mithali dan amat berlemah lembut. Sarah mengajar mereka berwudu’ dan solat dengan lembut dan baik sekali. Terpegun saya seketika..
Telekung diberikan setiap seorang. Mereka berwudu’ dan solat bersama kami hampir setiap waktu. Berzikir bersama. Sejuk hati melihat adik2 ini melaungkan zikir dengan penuh bersemangat.
Kanak-kanak ini pula kami ajak bermain, adakan sukaneka, pertandingan mewarna dan adakan slot kebersihan. Beri panduan mandi dan gosok gigi. Ajar menghafal nama 25 Rasul juga cerita kisah-kisah sahabat Rasulullah
Sarah memberi panduan solat kepada Wa Ana dan Wa Apui dengan cemerlang.
Wa Apui sedang menunjukkan cara berwuduk setelah diberi panduan.
Kebetulan hari ke3 kami merupakan ulangtahun kelahiran Rasulullah. Kami adakan sambutan Maulidur Rasul bersama orang-orang kampung ini. Unit catering bertungkus lumus memasak bubur asyura untuk semua. Ada yang membuat banner. Kumpulan saya pula perlu melatih adik2 ini untuk membuat persembahan pada malam nanti.
Petang itu kami berarak beramai-ramai sambil berselawat keliling kampung. Kemudian menjamah bubur asyura bersama. Malam hari ada slot ceramah dan persembahan adik2. Comel adik2 ini memakai tudung ekin yang kami bawa.
Kumpulan B yang membuat kain rentang.

Sebelum perarakan bermula.Menunggu kedatangan penduduk dewasa.
Unit Catering dan kumpulan C sedang memasak bubur Asyura.
Sepanjang permukiman kami di sini, tak semua aktiviti saya sertai. Pembahagian kerja dibahagikan. Ada yang selalu menziarahi rumah-rumah penduduk kampung.Belajar skill2 mereka,tak lupa memberi penerangan tentang Islam dan lain2. Ada yang ke sekolah memuat mural. Ada yang sentiasa bersama adik2 ini, mendidik mereka yang sepatutnya.
Belajar skill masyarakat asli. Pakcik tu sedang menunjukkan skill menggunakan serunai hidung. Unik sekali. Yang lain sedang memegang hasil kraftangan.
Sumpit terpanjang di dunia..kot..
Tudung ekin yang digayakan adik2 ketika persembahan malam sambutan Maulidur Rasul.Kredit to Sarah dan Fifi yang bertungkus lumus training mereka. Turut serta ialah Pengarah program dan Kak Su,wakil dari Perkim Pusat.
Keakraban peserta dan penduduk kampung dilihat seolah2 mereka telah lama kenal. Sebelum kami meninggalkan kampung ini, kami edarkan lagi barang2 sumbangan seperti beras,roti dsb kepada setiap rumah.
Antara bahan edaran kepada semua penduduk di sini.
Ketika hendak bertolak keluar, rasa pilu menerjah. Ada adik2 yang menangis menambahkan lagi rasa sayang pada mereka. Rasa sedih dan bersalah kerana permukiman kami sangat singkat. Terlalu banyak perkara yang perlu disampaikan pada mereka. Agar mereka rasa sangat indah menjadi seorang muslim dan boleh beristiqamah dalam beribadah pada Allah.
Apa yang saya harapkan agar pihak berwajib mengambil berat tentang penduduk di sini terutamanya yang beragama Islam. Moga Kak Su sebagai wakil PERKIM Pusat yang hadir dapat melakukan tindakan selanjutnya,InsyaAllah..

Moga sedikit perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat buat anda sekalian.
Sejauh mana kita bersyukur dan menghargai dengan nikmat yang Allah beri percuma selama ini. Nikmat kesihatan, pendidikan, kemewahan dan kemudahan. Dan paling penting nikmat IMAN dan ISLAM.
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?” (Ar-Rahman)
InsyaAllah,moga kita bertemu lagi tahun hadapan, saudara-saudara Kampung Rantau..